SELAMAT DATANG KE BLOG

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB


1/25/2009

SEJARAH SEKOLAH

1976

Menumpang di SMK Bandar Kuching Nombor 2 di Bintawa. Aliran Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris diwujudkan.

3 Januari 1977

Berpindah ke tapak baru di Batu 13 Jln. Matang. Penubuhan sekolah Aliran Agama di negeri ini telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Salleh Jafarudin, Timbalan Menteri Pelajaran apabila sekolah ini telah menyediakan dua kelas agama tingkatan satu. Tiga aliran telah wujud iaitu Aliran Agama, Aliran Bahasa Malaysia & Aliran Bahasa Inggeris.

29 Mei 1978

Ditukar namanya kepada SMK Sheikh Haji Othman Abdul Wahab. Pembukaan rasmi sekolah dengan nama barunya telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Musa Hitam, Menteri Pelajaran. Memandangkan sekolah ini ialah satu-satunya sekolah yang mempunyai aliran agama ketika itu maka nama Sheikh Othman Abdul Wahab telah dipilih kerana beliau ialah ulama Sarawak yang pertama berpeluang mengajar di Masjidil Haram di Mekah.

1979

6 kelas tingkatan satu diadakan. Sekaligus bilangan pelajar aliran agama semakin bertambah. Pelajar-pelajar aliran agama yang pertama diwujudkan di sekolah ini telah menduduki peperiksaan SRP buat pertama kalinya pada tahun 1979 dan SPM pada tahun 1981.

1987

Kumpulan pertama pelajar sekolah ini telah menduduki peperiksaan STPM –aliran agama. Seterusnya kumpulan pertama sekolah ini telah melanjutkan pelajaran mereka di peringkat pendidikan tinggi (universiti) dan telah mula menampakkan hasilnya pada tahun 1987. Pada peringkat awalnya, kemudahan asas di sekolah ini amat berkurangan. Kemudahan asas seperti air dan letrik tidak dibekalkan dan sekolah hanya mempunyai sebuah bangunan untuk asrama lelaki dan perempuan. Semua pelajar pada ketika itu diberi biasiswa tempatan dan buku teks secara percuma, malahan bayaran untuk makanan dan yuran sekolah tidak di kenakan.

2006

Lawatan Yang Berhormat Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia.2007: Lawatan yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi serta rombongan menteri kabinet.

2008

TYT Negeri Sarawak solat Jumaat di Masjid SMKA Sheikh Hj Othman Abd Wahab.



SIAPA ITU SHEIKH HJ OTHMAN ABDUL WAHAB

  • Sheikh Haji Othman Abdul Wahab dilahirkan di Kampung Sinjan, Sarawak pada Jumaat 10 atau 11 Muharam 1281H (1863).
  • Beliau merupakan guru kepada beberapa orang ulama terkenal seperti Dr. Abdul Karim Amrullah (HAMKA) dan Sheikh Tahir Jalalludin.
  • Beliau meninggal dunia pada pukul 5.10 pagi Jumaat 23 Zulkaedah 1339H (1921M) di Mekah.
  • Apabila meninggal dunia, jenazah beliau diuruskan oleh salah seorang guru beliau sendiri iaitu Syeikh Said Al-Yaman.
  • Solat jenazah beliau dilakukan oleh beribu-ribu orang sebelum disemadikan di Tanah Suci Mekah.